Monday, March 3, 2014

Beberapa ketika...

Agak lama juga tidak meng'update' blog ini lantaran kesibukan mencari sesuap nasi untuk keluarga. Kali ini saya cuba luangkan sedikit masa untuk memenuhi ruang yang sekian lama bagaikan hamparan foto usang.! Sememangnya saya bukan seorang penulis yang hakiki tetapi hasrat untuk menceritakan sesuatu tetap ada di hati. Mungkin ada yang membuka blog ini untuk mencari info atau cerita baru tetapi hampa..saya pohon jutaan maaf! Kebelakangan ini berbagai suasana melanda negara ini seperti gempa bumi (sedikit gegaran), banjir (yang agak teruk di sesuatu tempat), pembunuhan yang tiada belas, kemalangan yang tidak pernah menurun angkanya dan juga keadaan politik semasa yang sentiasa panas dengan pelbagai tuduhan dan cerita. Saya tidak mahu bercerita tentang politik kerana kekurangan fahaman dan pengetahuan. Adalah lebih baik rasanya saya hanya menumpukan pada keadaan sosial dan hiburan kerana ianya lebih menarik.

Saya dapat melihat di laman sesawang terutama facebook bagaimana muzik jenis 'rock' dari era tahun 80an masih di minati oleh bukan sahaja golongan lama tetapi juga dari golongan remaja masakini. Ini adalah sesuatu yang menarik minat ramai golongan 'otai otai rockers' ingin membuat 'comeback' atau 'reunion' bersama ahli ahli kumpulan mereka yang dulu. Ia adalah satu fenomena yang baik dari segi penampilan semula yang akan memberi ruang rezeki dan penghormatan kepada mereka. Ramai remaja sekarang lebih meminati lagu lagu dari zaman 'rock kapak' kerana mereka kata muziknya lebih sedap di dengar! Ada di antara mereka yang belum lahir semasa lagu tersebut di keluarkan..!

Saya juga dari era zaman 'rock kapak' dan memang mengakui banyak kumpulan muzik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan waktu itu walaupun ramai juga tidak popular tetapi lagu lagu mereka telah mula di minati oleh generasi sekarang! Dengan adanya internet yang boleh memuat naik video ataupun lagu termasuk foto foto, telah banyak pula kumpulan yang mula melakar populariti di laman sesawang tersebut. Eh..? adakah saya melalut..? Hmmm....anda boleh saksikan sendiri dengan membuka you tube dan facebook!

Saya rasa cukup dulu buat masa ini untuk saya lakarkan sedikit coretan yang sebenarnya telah mengimbau kenangan silam saya sendiri, namun ia juga untuk kita berkongsi sedikit info..kan?















Ini adalah di antara kumpulan yang pernah mewarnai zaman 'rock kapak'...!

Tuesday, June 5, 2012

Ada kisah tentang 'gathering' kengkawan yg memulakan karier muzik mereka di Komplek Wilayah sekitar penghujung 80an sehingga pertengahan 90an dalam ruangan music community di majalah ROTTW bil 178 (tajuk: Wilayah Dorai) yg dikendalikan oleh Rom Mohd Nor. Ini adalah ulangtahun pertama setelah perjumpaan kali pertama pada 14 April 2011. Kini mereka telahpun memasuki kategori 'otai' dalam industri muzik 'rock kapak'. Masih ada yang aktif dan ramai juga telah beralih arah namun perjumpaan tersebut adalah diatas sifat persahabatan yang banyak mengajar erti susah, senang dan semangat yang kental untuk mencapai impian.. Masing2 masih tetap dengan karektor yang sama walaupun sudah ada yang telah bergelar 'atok'..he..he..! Boleh dapatkan majalah ROTTW keluaran Jun 2012 untuk kisah selanjut dan melihat foto2 mereka terkini.....oleh Wan Wasiat/Etika

Wednesday, November 30, 2011

ha..ha..masih cuba setting blog layout dan penampilan.. Masih belum ada artikel utk di postkan pasal kepala dah poning memikiokan bahan2 yg berguna...!

Tuesday, November 29, 2011

dalam pembikinan... maaf

blog ini masih lagi dlm pembikinan, jadi belum ada apa2 post yg boleh dibaca buat masa ini...terima kasih