Monday, March 3, 2014

Beberapa ketika...

Agak lama juga tidak meng'update' blog ini lantaran kesibukan mencari sesuap nasi untuk keluarga. Kali ini saya cuba luangkan sedikit masa untuk memenuhi ruang yang sekian lama bagaikan hamparan foto usang.! Sememangnya saya bukan seorang penulis yang hakiki tetapi hasrat untuk menceritakan sesuatu tetap ada di hati. Mungkin ada yang membuka blog ini untuk mencari info atau cerita baru tetapi hampa..saya pohon jutaan maaf! Kebelakangan ini berbagai suasana melanda negara ini seperti gempa bumi (sedikit gegaran), banjir (yang agak teruk di sesuatu tempat), pembunuhan yang tiada belas, kemalangan yang tidak pernah menurun angkanya dan juga keadaan politik semasa yang sentiasa panas dengan pelbagai tuduhan dan cerita. Saya tidak mahu bercerita tentang politik kerana kekurangan fahaman dan pengetahuan. Adalah lebih baik rasanya saya hanya menumpukan pada keadaan sosial dan hiburan kerana ianya lebih menarik.

Saya dapat melihat di laman sesawang terutama facebook bagaimana muzik jenis 'rock' dari era tahun 80an masih di minati oleh bukan sahaja golongan lama tetapi juga dari golongan remaja masakini. Ini adalah sesuatu yang menarik minat ramai golongan 'otai otai rockers' ingin membuat 'comeback' atau 'reunion' bersama ahli ahli kumpulan mereka yang dulu. Ia adalah satu fenomena yang baik dari segi penampilan semula yang akan memberi ruang rezeki dan penghormatan kepada mereka. Ramai remaja sekarang lebih meminati lagu lagu dari zaman 'rock kapak' kerana mereka kata muziknya lebih sedap di dengar! Ada di antara mereka yang belum lahir semasa lagu tersebut di keluarkan..!

Saya juga dari era zaman 'rock kapak' dan memang mengakui banyak kumpulan muzik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan waktu itu walaupun ramai juga tidak popular tetapi lagu lagu mereka telah mula di minati oleh generasi sekarang! Dengan adanya internet yang boleh memuat naik video ataupun lagu termasuk foto foto, telah banyak pula kumpulan yang mula melakar populariti di laman sesawang tersebut. Eh..? adakah saya melalut..? Hmmm....anda boleh saksikan sendiri dengan membuka you tube dan facebook!

Saya rasa cukup dulu buat masa ini untuk saya lakarkan sedikit coretan yang sebenarnya telah mengimbau kenangan silam saya sendiri, namun ia juga untuk kita berkongsi sedikit info..kan?















Ini adalah di antara kumpulan yang pernah mewarnai zaman 'rock kapak'...!

No comments:

Post a Comment